MILAN – Hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negara ini sejak dua hari lalu menyebabkan seramai 11 orang maut.
Kebanyakan mangsa maut akibat dihempap pokok atau kereta masing-masing mengalami keadaan sama.
Seorang wanita mati tertimbus dalam lumpur selepas rumahnya dilanda tanah runtuh dekat Trento, utara Itali manakala seorang lelaki maut selepas terhempas pada batu semasa aktiviti luncur ombak di Emilia-Romagna.
Beberapa mangsa maut di Naples, Liguria, Lazio dan Veneto dan pada masa yang sama pihak berkuasa menemukan mayat warga emas berusia 61 tahun yang dihanyutkan air sejauh satu kilometer dari keretanya. – AP