Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan...

Rabies: 17,844 Ekor Haiwan...

KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyuntik vaksin kepada 17,844 ekor haiwan kesayangan dalam...

Kerajaan PH Hadapi Cabaran...

DI SEBALIK idealisme dan retorik integriti yang dicanangkan oleh pemimpin dan pengikut Pakatan...

PKR Alukan Tokoh Agama...

KUALA LUMPUR - Jika pendakwa terkemuka Islam, Dr. Zakir Naik dibenarkan berceramah di...

116 Mangsa Banjir Di Baling Dibenarkan Pulang

ALOR SETAR – Banjir kilat yang berlaku di Baling mulai surut dengan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing pagi ini.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, setakat 9 pagi, hanya 116 mangsa daripada 41 keluarga yang masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling, Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom di mukim Pulai dan Bongor.

“Sebelum ini, seramai 71 mangsa daripada 29 keluarga berada di Dewan Belia Kompleks Sukan Baling, 22 mangsa (tujuh keluarga) di Dewan Orang Ramai Batu 48 dan Dewan Komuniti Kampung Banggol Derom dengan 23 mangsa (lima keluarga).

“Semua dah surut dan hari ini kebanyakan mangsa terlibat dengan kerja mencuci rumah tetapi pusat pemindahan belum ditutup buat masa ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori