Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengguna Resah Gangguan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Penduduk di beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor resah...

Pemilik PPA1M Metropolitan Kepong...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga manfaat yang diperoleh...

Hafizh Anggap Zulfahmi Tidak...

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, menyifatkan keputusan mengejut Zulfahmi Khairuddin menamatkan karier...

Adik Zayn Malik, Waliyha...

ZAYN Malik merupakan nama yang boleh dikatakan agak besar dalam industri muzik antarabangsa. Tapi...

2 Angkasawan Terselamat, Soyuz Gagal Berlepas

KOSMODROM BAIKONUR – Seorang kosmonaut Rusia dan angkasawan Amerika Syarikat (AS) terselamat semalam selepas kapal angkasa Soyuz ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) gagal dua minit sejurus berlepas dari sini di Kazakhstan, menjurus kepada pendaratan kecemasan dramatik.

Kru dua orang terdiri daripada kosmonaut Alexei Ovchinin dan rakyat AS, Nick Hague, mendarat dalam keadaan tidak cedera di padang rumput Kazakhstan ketika kru penyelamat bergegas ke kawasan itu, menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik AS (NASA) serta agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos.

Kesilapan itu berlaku pada peringkat pertama dan kedua roket penggalak Rusia yang terpisah sejurus dilancarkan dari kosmodrom era Soviet di sini.

Kapsul angkasa lepas Soyuz membawa Ovchinin dan Hague terpisah dari roket Rusia yang tidak berfungsi dan menjunam sejauh 50 kilometer ke permukaan, dengan payung terjun membantu melambatkan kelajuannya, kata NASA.

Awan pasir menjulang ketika kapsul itu mendarat dalam apa yang digelar NASA penurunan cerun balistik 34 minit.

Video dari dalam kapsul itu menunjukkan dua angkasawan terbabit ketakutan ketika kegagalan berlaku dengan tangan dan kaki mereka tergapai-gapai. Ovchinin dapat didengar berkata, ‘Penerbangan agak pantas.’

Gambar dikeluarkan Roscosmos selepas usaha menyelamat menunjukkan dua lelaki terbabit tersenyum dan berehat di sofa di bandar berhampiran tapak pendaratan ketika menjalani ujian perubatan.


Gambar dihantar di Twitter oleh NASA menunjukkan Ovchinin dan Hague memeluk keluarga mereka selepas dipindahkan semula ke tapak Baikonur.

NASA bergantung kepada roket Rusia untuk memindahkan angkasawan ke ISS oleh kerana AS menghentikan Program Angkasa Lepasnya pada 2011, walaupun agensi itu mengumumkan rancangan satu penerbangan ujian membawa dua angkasawan dalam roket komersial SpaceX bermula April tahun depan.

Kesilapan semalam, adalah masalah serius pertama berkaitan pelancaran dialami misi angkasa lepas Soyuz sejak 1983 apabila kru berjaya menyelamatkan diri sebelum letupan di tapak pelancaran. – Reuters/BH ONLINE

Kategori