Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PT3, PAV Ditangguh Ekoran...

KUALA LUMPUR - Kertas Bahasa Melayu (BM) 1 dan 2 bagi Pentaksiran Tingkatan...

Kebakaran: HKL Adakan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR — Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengadakan mesyuarat “maklum...

Imigresen Teluk Intan Kutip...

TELUK INTAN - Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan mengutip kompaun berjumlah RM503,340 sepanjang...

SPR Digesa Siasat Warisan...

KIMANIS - UMNO menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Warisan bagi kesalahan pilihan...

2 Penjual Perabot Disyaki Hantar Rokok Seludup Ditahan

SUBANG JAYA – Polis menahan dua penjual perabot dipercayai melakukan kerja sambilan sebagai penghantar rokok seludup di sekitar Jalan USJ 1 di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kedua-dua lelaki berusia awal 30-an itu ditahan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada 1 tengah hari.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Toyota Unser yang dinaiki suspek menemukan tujuh kotak besar mengandungi 3,700 kotak rokok seludup yang dianggar bernilai kira-kira RM18,500,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua rokok berkenaan yang dipercayai dikilangkan di negara jiran, dijual pada harga serendah RM5 sekotak berbanding RM17 harga sebenar di pasaran.

Katanya semakan dengan Jabatan Kastam mendapati kerajaan kerugian RM37,740 dalam bentuk cukai yang sepatutnya dibayar ke atas rokok terbabit.


Kedua-dua suspek diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 135 Akta Kastam 1967, katanya. – BERNAMA

Kategori