Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Paul Stadlen Pemegang Permit...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr....

Rabies: 17,844 Ekor Haiwan...

KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyuntik vaksin kepada 17,844 ekor haiwan kesayangan dalam...

Tak Menang Tangan Terima...

SUDAH menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ogos, rakyat Malaysia disaran mengibarkan Jalur Gemilang...

Krisis Antara Lan Solo...

SUBANG JAYA-  Penyanyi Lan Solo mengakui krisis di antaranya dengan kumpulan Kristal sebelum...

23 Singa Spesies Terancam Mati Akibat Virus

MUMBAI – Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) menggesa kerajaan negara itu mengambil langkah segera bagi menyelamatkan singa Asiatik, selepas 23 haiwan spesies terancam itu maut dalam tempoh tiga minggu lalu, akibat virus yang jarang ditemui.

ICMR dalam satu kenyataan berkata, lima daripada singa Asiatik yang turut dikenali sebagai Singa Lion, yang hanya boleh ditemui Taman Negara Gir di barat India, disahkan mati akibat Canine Distemper Virus (CDV).

Berita kematian haiwan itu menimbulkan kembali kebimbangan mengenai keadaan di taman negara itu, yang menjadi lokasi kediaman 600 ekor spesies terbabit di dalam kawasan seluas 2,201 kilometer persegi dan dikelilingi beberapa penempatan manusia.

Pada 2013, mahkamah di India mengarahkan sebahagian singa Asiatik itu dipindahkan di kawasan perlindungan lain, selepas pakar hidupan liar dan aktivis dilaporkan berkata pemindahan perlu dilakukan bagi mengelakkan haiwan itu dijangkiti wabak penyakit.

Bagaimanapun, kerajaan tempatan Gujarat menentang rancangan itu, malah Perdana Menteri, Narendra Modi yang berasal dari kawasan itu berkata, pemindahan itu tidak akan dilaksanakan kerana singa Asiatik itu adalah lambang kemegahan Gujarat.

“Saya tidak terkejut langsung, tetapi saya amat sedih dengan apa yang berlaku.

“Kita hanya sedar sudah melakukan kesilapan apabila berlakunya krisis,” kata pakar biologi hidupan liar terkenal, Ravi Chellam.


Chellam yang juga salah seorang ahli jawatankuasa yang dilantik kerajaan bagi memantau proses penempatan semula singa itu juga berkata, arahan oleh Mahkamah Persekutuan itu perlu dilaksanakan dengan segera.

Sementara itu, ketua pemuliharaan hutan di kawasan itu, D.T Vasavada, berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai program penempatan semula itu kerana ia adalah subjudis.

“Ketika ini, tumpuan kami adalah untuk menyelamatkan kesemua singa ini.

“Kami juga sudah mengambil langkah sewajarnya untuk membendung ia (virus) daripada merebak,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori