Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sanjeevan Didakwa Buat Komen...

PETALING JAYA - Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri...

Bekas Vokalis Kumpulan Popular...

SEORANG penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang pernah popular pada awal 90-an ditahan...

DAP Hanya Mahu Jawatan...

KUALA LUMPUR – DAP didakwa tidak kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana...

RCI TH: Aspek Perundangan,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan...

3 Akta Alam Sekitar, Hidupan Liar Disemak Semula

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang dalam proses menyemak semula tiga akta berkaitan alam sekitar dan hidupan liar bagi menambah baik pentadbiran, pengurusan serta penguatkuasaan secara lebih berkesan.

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata ketiga-tiga akta tersebut ialah Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang berada di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Kebanyakan penguatkuasaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Sebelum ini terpisah, justeru pindaan yang akan dibuat merangkumi penguatkuasaan pada peringkat kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau​​​​​​​ menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu mengenai ​​​​​​​cadangan kementerian itu meminda akta-akta tersebut bagi membanteras jenayah eksploitasi flora dan fauna di negara ini pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zulpuri Shah berkata penambahbaikan tersebut adalah bagi memperketatkan proses pewartaan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK), memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan secara haram dan meningkatkan kadar denda serta penalti kepada pelaku kesalahan.


Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-Santubong) yang ingin tahu status terkini akta tersebut, Tengku Zulpuri berkata ​​​​​​​semakan ke atas kertas cadangan pindaan itu kini berada dalam peringkat perbincangan melibatkan kementerian itu, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Ia seterusnya akan dibentangkan di Parlimen dalam masa enam bulan. – BERNAMA

Kategori