Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

GST Selamatkan Negara Terjerumus...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan cukai barang...

UMNO Bersikap Terbuka Kerjasama...

GEORGETOWN - Umno Pulau Pulau Pinang mengambil sikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan...

Yazit Search Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira...

Bisnes Perlu Beralih Daripada...

KUALA LUMPUR - Syarikat dan perniagaan tidak akan lagi dapat menuai hasil yang...

3 Polis Cedera Bom Motosikal Meletup Di Narathiwat

NARATHIWAT – Tiga anggota polis cedera apabila sebuah motosikal dilengkapi bom meletup berhampiran kenderaan dinaiki mereka di pekan Jabat, daerah Resak di wilayah bergolak Narathiwat, selatan Thailand.

Penolong Ketua Polis daerah Kapten Uthai Panthong berkata, kejadian berlaku pada 5.15 petang (waktu tempatan) ketika anggota polis terbabit dalam tugasan rondaan.

“Bom di motosikal itu diaktif menggunakan walkie-talkie,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, anggota polis itu sedang dalam perjalanan ke pekan untuk memantau keadaan keselamatan.

Motosikal itu pula menurutnya, dilaporkan hilang pada 11 Ogos lepas di Balukar Samoh, daerah Bachok di Narathiwat.

Ketiga-tiga anggota polis itu hanya cedera ringan dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. – BERNAMA

Kategori