Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Perlu Amal...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal relevan sepanjang masa...

Cinta Sejati, Lelaki Sanggup...

INILAH namanya cinta sejati. Seorang pemuda yang berusia 23 tahun telah membuktikan bahawa...

Inkues Tentukan Punca Kematian...

KUALA LUMPUR - Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian...

Skuad Kim Swee Berpeluang...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah-23 (B-23) negara berpeluang untuk disenaraikan dalam...

3 Hari Bayar RM99 Tempah Proton X70

PANAS… Proton Holdings Bhd (Proton) menawarkan bayaran tempahan hanya RM99 bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Ia bersempena dengan usaha promosi penggunaan platform baharu tempahan atas talian yang mula ditawarkan oleh syarikat automotif tempatan itu kepada semua pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Muda, berkata, mulai 17 Oktober pelanggan boleh mengakses platform tempahan itu melalui laman web korporat PROTON.

“Sempena promosi tiga hari ini, pelanggan yang menempah Proton X70 secara atas talian hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM99 saja,” kata beliau dalam kenyataan di ibu negara.

Abdul Rashid berkata, selepas sesi pratonton bagi ciri sambungan dan teknologinya kepada media pada 11 Oktober lalu, X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama boleh ditempah secara talian.

“Sekarang adalah masa tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan atas talian kepada pelanggan selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran.

“Kami juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang melakukan tempahan sebelum pelancaran Proton X70 ini tidak kira sama ada mereka menempah melalui platform atas talian atau di cawangan,” katanya.

Sempena pelancaran portal tempahan atas talian ini, Proton juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai model Proton X70 di laman webnya termasuk spesifikasi untuk setiap varian.

Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan terutama berkaitan dengan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksikan aktiviti penjualan sebenar.

Sementara itu, pelanggan yang ingin menempah model SUV itu perlu memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka.


Selepas bayaran tempahan dilakukan secara dalam talian, resit yang dihasilkan sistem akan dihantar kepada emel pelanggan.

Proton kemudiannya akan melantik penasihat jualan bagi menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.

Bagaimanapun untuk tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran.

Sementara itu, sesi pratonton pelanggan Proton X70 turut menyeberangi Laut China Selatan menuju ke Malaysia Timur yang diadakan di Kuching pada 15 hingga 16 Oktober lalu.

Selepas sesi pratonton bersama media yang kedua, sesi ini menumpukan pada fungsi sambungan dan teknologi yang ditawarkan SUV berkenaan sambil jelas elemen gaya digunakan pada bahagian luaran dan dalaman model itu.

Sesi pratonton akan diteruskan di Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak sebelum akhir sekali di Kota Kinabalu, Sabah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori