Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKP Di Jeli, Kuala...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Jeli,...

Skil Mekap Gadis 17...

MEMANG ngeri dan menakutkan! Nampak macam 'real' kan solekan mekap ni! Jangan tak tahu...

Dr Fauziah Selamat Tiba...

SEPANG - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG)...

Rasuah Ejen TNB, Dua...

Melaka : Dua lelaki masing-masing didenda RM45,000 dan RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer...

3 Rumah Musnah Terbakar, 31 Orang Hilang Kediaman

KUCHING – Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir di sini awal hari ini menyebabkan 31 orang hilang tempat tinggal.

Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 7 pagi.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Tabuan Jaya dilihat menggunakan teknik ‘firebreak’ di tempat kejadian bagi mengelak api merebak ke rumah-rumah berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Tan Min Chai berkata dengan bantuan daripada Sesco dan anggota polis, bomba berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada 9.23 pagi. Mereka menerima panggilan kecemasan pada 7.18 pagi.

“Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran menggunakan teknik ‘firebreak’ yang menghalang rumah lain daripada terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Kategori