Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Pura-Pura Kencing Dalam...

SEORANG bapa mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan anak perempuannya yang berusia enam tahun,...

Falcao Mahu Bertahan Lebih...

PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao memberitahu bahawa dirinya mahu bertahan lebih lama di...

Lelaki, 2 Wanita Sindiket...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes...

Penduduk Taman Serdang Harap...

BANDAR BAHARU - Penduduk Taman Serdang, di sini berharap pihak berkuasa akan segera...

3 Wanita Thailand Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

BUTTERWORTH – Tiga wanita warga Thailand berjaya diselamatkan polis dari terus menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah pusat urut di Jalan Limbungan Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis menyerbu pusat urut itu pada 7.55 malam dan menyelamatkan tiga wanita berusia 32 hingga 33 tahun berkenaan.

“Semasa serbuan itu, tiga wanita berkenaan berada di pusat urut tersebut dan mereka disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh satu sindiket dan dipaksa bekerja di situ termasuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an di premis itu dipercayai pemilik pusat urut berkenaan dan menjalankan aktiviti memperdagangkan manusia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga merampas wang tunai RM721 dipercayai hasil kegiatan eksploitasi seks, tiga helai tuala mandi, tiga botol minyak urut, tisu lembab yang telah digunakan dan kondom.

Noorzainy berkata semasa serbuan itu terdapat dua lelaki yang merupakan pelanggan di rumah urut berkenaan dan mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.


Katanya tiga wanita yang diselamatkan itu dihantar ke rumah perlindungan manakala lelaki yang ditahan direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Sementara itu, Noorzainy berkata polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas heroin dan syabu bernilai RM1,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perlis, di sini semalam.

“Dalam serbuan pukul 4 petang itu, polis menahan seorang lelaki dan pemeriksaan dalam rumahnya menemui heroin seberat 17 gram (g) serta syabu (7g). Siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk dijual kepada penagih di sekitar Butterworth,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja serta positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori