Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Subang Cadang Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Subang mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran bagi menyokong kepimpinan...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik...

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik...

PN Akan Batalkan Pulau...

GEORGETOWN : Cadangan tambakan laut bagi membina Pulau Silikon akan dibatalkan sekiranya Perikatan...

Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara...

REMAJA lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan...

30 Murid Cemas Bas Sekolah Terbakar

JOHOR BAHRU – Kira-kira 30 murid sekolah rendah berdepan detik cemas apabila sebuah bas sekolah yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Skudai, Kampung Laut berhampiran Skudai Parade, di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pukul 2.15 petang sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan keterangan daripada pemandu berusia 24 tahun, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Senai ke pusat bandar raya ini.

“Walau bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian, pemandu menyedari asap keluar dari bahagian enjin belakang bas sebelum bertindak menghentikan bas sekolah berkenaan berhampiran sebuah kuarters kerajaan berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Khairul Azhar berkata, pemandu bas dan kesemua murid tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala bas berkenaan terbakar 90 peratus. – UTUSAN ONLINE

Kategori