Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kabinet Setuju Struktur Majlis...

SELAMA - Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah mempersetujui cadangan mengenai struktur...

Sidang Dewan Rakyat Pada...

PUTRAJAYA - Keputusan untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat selama sehari pada 18 Mei...

Cabutan Bertuah: 2 Jurujual...

KUALA LUMPUR - Akibat memberi pernyataan palsu menerusi peraduan cabutan bertuah, dua jurujual...

Pemilihan PKR April Ini,...

Kuala Lumpur : Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi...

4 Ditahan Curi Token Mesin Game

KEPALA BATAS – Polis menahan empat remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah mesin token di Pusat Permainan Kanak-Kanak di Pasar Raya Sunshine dekat Bertam di sini malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 15 tahun ditahan pukul 10.15 malam tadi ketika mereka sedang memecahkan mesin permainan terbabit selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 20 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, semasa ditangkap, polis merampas sebanyak 23 keping token yang dianggarkan bernilai RM534.

“Kejadian itu dipercayai berlaku sebanyak lima kali dan polis yang menerima laporan membuat intipan di kawasan itu sebelum berjaya menahan mereka malam tadi.

“Hasil ujian air kencing ke atas kesemua suspek termasuk remaja 15 tahun yang tidak bersekolah mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine selain salah seorang memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka kini ditahan reman selama empat hari. – UTUSAN ONLINE

Kategori