Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengundi PD Damba Peluang...

PORT DICKSON - Isu-isu berhubung peluang pekerjaan, pembangunan seimbang dan akses pendidikan mesti...

Abdul Azeez Nafi RM22...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez...

Gadis Puerto Rico Dinobat...

GADIS berasal dari Puerto Rico, Stephanie Del Valle, 19, diumumkan sebagai Miss World...

8,800 Warga TNB Berkorban...

KUALA LUMPUR - Suku daripada seluruh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melibatkan...

4 Lelaki Ditahan Bersama 6 Ekor Lembu Seludup

LUNDU – Hasrat empat lelaki menyeludup enam ekor lembu dari negara jiran gagal apabila dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 dalam Op Awas JPG Telok Melano di Jalan Telok Melano-Temajok, Kalimantan Barat, Indonesia malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam itu, keempat-empat suspek ditahan semasa menaiki dua pacuan empat roda (4WD) dari negara jiran.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 11, Superintenden Rosdi Inai berkata, tangkapan tersebut dibuat oleh pasukannya diketuai Inspektor Michael Kilab ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, sampai di jalan masuk ke Temajuk, pasukan itu terserempak dengan dua 4WD dibawa suspek dan menahan mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati keempat-empat suspek warga tempatan berusia 21 hingga 42 tahun gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit sah berkaitan pemilikan haiwan berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan iaitu enam ekor lembu, dua 4WD, tujuh telefon bimbit dan lain-lain barangab dianggarkan berjumlah RM188,000,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini sebentar tadi.


Tambahnya, suspek bersama barangan rampasan telah dihantar ke pondok Polis Telok Melano bagi tindakan lanjut.

“PGA Batalion 11 sentiasa siap siaga memantau dan menjaga keselamatan di nsgeri ini daripada aktiviti jenayah rentas sempadan dan kegiatan yang melanggari undang-undang.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan untuk kita ambil tindakan segera,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori