BEIRUT – Sekurang-kurangnya empat maut selepas sebuah kereta meletup di bandar Azaz yang dikuasai sekumpulan pemberontak Syria yang disokong Turki, semalam.
Bandar Azaz yang terletak di utara Syria, menjadi lokasi tentera pemberontak menentang Presiden Bashar Al-Assad sejak 2016.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, insiden letupan itu berlaku di kawasan perindustrian di Azaz.
“Jumlah kematian dijangka meningkat, kerana ramai mangsa yang cedera parah,” kata kumpulan pemantau itu. – Reuters/BH ONLINE