Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UiTM Juarai Pesta Koir...

SHAH ALAM – Kumpulan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC),...

Malaysia Sedia Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan...

4 Ditahan Curi Token...

KEPALA BATAS - Polis menahan empat remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian...

Tak Jamin Harga Makanan,...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) tidak memberi jaminan harga...

4 Petua Poligami Zul Wisma

KOTA BHARU – Setiap pasangan yang berumah tangga sudah semestinya mengimpikan kebahagiaan dan kedamaian berputik dalam mahligai cinta yang dibina.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada insan yang gagal dalam melayari bahtera rumah tangga sehingga berkesudahan dengan episod penceraian.

Namun, liku-liku kehidupan itu berjaya ditempuh oleh Datuk Dr. Zulkepli Mohammad, 54, yang berjaya membuktikan kemampuan menguruskan empat isteri serta 11 anaknya dengan penuh rukun dan harmoni.

Beliau yanh lebih dikenali dengan Datuk Zul Wisma, setiap suami merupakan pentadbir keluarga yang perlu mempunyai matlamat jelas dan perancangan rapi dalam mendirikan rumah tangga.

“Bukan mudah hendak memimpin empat keluarga apatah lagi keluarga besar seperti saya sudah semestinya memerlukan lebih tumpuan.

“Bagi mereka yang bercita-cita ingin berpoligami mestilah bersedia menumpukan pemikiran sepenuhnya terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.

“Kedua, mempunyai kemampuan fizikal dan sumber kewangan serta peruntukan masa yang perlu diadili sebaiknya,” katanya ketika ditemui Utusan Online di pejabatnya di Kubang Kerian, di sini semalam.


Kisah empat beradik berlainan ibu berumur 21 tahun iaitu Juliana Aziera Zulkepli, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul mendapat liputan meluas media apabila masing-masing menerima Diploma Perakaunan sempena Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (Uitm) ke-89 cawangan Kelantan di Machang, baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup bersama empat isteri, Zulkepli yang merupakan Pengerusi Eksekutif di Wisma Akauntan Zulkepli turut dikurniakan 11 anak berumur lima hingga 31 tahun.

Tambah Zulkepli, seorang suami juga perlu mempunyai pelbagai perwatakan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap isteri.

“Pada pandangan saya, suami ini perlu ada empat rasa iaitu manis, masam, masin dan pahit. Bermakna, sebagai suami perlu ada sikap tegas, lembut, manja dan sabar.

“Ini penting dalam kita berhadapan dengan perwatakan isteri. Ada isteri hatinya terlalu lembut, jadi kita tidak boleh terlalu tegas, ada masa kita perlu sentiasa bersabar. Ada tempatnya kita perlu bermanja, jadi itu semua pengalaman yang mengajar kita untuk mengatasi setiap masalah berlaku,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori