Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hormati Terma Perjanjian Air...

SINGAPURA berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak termasuk Johor mesti menghormati terma Perjanjian...

PPBM NS Bubar: Tidak...

JOHOR BAHRU – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan semalam dijangka...

Pesawat Tentera Udara Chile...

BANDAR MEXICO - Pesawat jenis C130 Hercules yang hilang dari radar telah disahkan...

Arab Saudi Dedah Pelan...

RIYADH - Arab Saudi mendedahkan pelan terperinci litar perlumbaan baharu sukan permotoran Formula...

5 Remaja Antara 11 Penagih Diberkas AADK Perlis

KANGAR – Dua remaja antara 11 lelaki positif dadah diberkas oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis Utara dalam Ops Aduan di Padang Besar, Mata Ayer dan Santan, semalam.

Menurut kenyataan agensi itu hari ini, dalam operasi yang bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 2.00 pagi itu, 10 orang yang diberkas disah positif methamphatemin manakala seorang positif opiat (ganja).

“Kesemua yang ditahan berumur antara 13 hingga 40 tahun,” menurut kenyataan itu.

Dalam serbuan di Mata Ayer, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang menjadikan rumah neneknya di kampung itu sebagai tempat melepak dan menghisap syabu ditahan bersama seorang rakan berumur 13 tahun..

Manakala, dalam serbuan berasingan, lima yang lain ditahan di ‘port’ penagih dadah di kebun mempelam di Kampung Guar Musang, Padang Besar dan empat lagi diberkas dalam operasi di Santan, menurut kenyataan AADK. – BERNAMA

Kategori