Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penjara, Denda Jual Rokok...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas termasuk penjara dan denda jika...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

95% Pelajar PERMATApintar Ikuti...

BANGI - Kira-kira 95 peratus daripada 579 lepasan Pusat PERMATApintar memilih untuk melanjutkan...

Gerak Khas Musim Baharu...

KUALA LUMPUR - Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak...

500 Keluarga Orang Asli Berdepan Bahaya Hakisan Bukit Di Lojing

GUA MUSANG – Kira-kira 500 keluarga masyarakat Orang Asli di beberapa kampung di sekitar Lojing di sini, berdepan ancaman hakisan bukit akibat aktiviti penanaman sayur.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata kawasan terbabit termasuklah Pos Sendrop, Kampung Sang Wai, Kampung Brooke, Kampung Jedip dan Kampung King Kong.

“Keselamatan penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan kurang terjamin ketika ini akibat aktiviti penanaman sayur yang menyebabkan hakisan bukit dan saya lihat ancaman terhadap bencana tersebut lebih tinggi ketika musim hujan.

“Sudah beberapa kali banjir lumpur berlaku di kawasan berkenaan namun masyarakat Orang Asli mengambil tindakan pantas dengan menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya beliau akan merujuk perkara berkenaan kepada kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan kerana ia telah berlaku sejak sekian lama.


“Masalah itu berlarutan sejak begitu lama dam tidak harus dibiarkan dan kita akan bertindak mengumpul semua maklumat untuk dibincangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang akan datang.

“Apa yang kita paling bimbangkan kemungkinan berlaku kemalangan jiwa apabila hakisan dan banjir lumpur berlaku terutama pada musim tengkujuh yang sudah bermula sekarang,” katanya. – BERNAMA

Kategori