Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Calon PH DUN Skudai...

Johor Bahru : Berbaki empat hari lagi tempoh berkempen sebelum hari mengundi Pilihan...

APM Tahan Bot Nelayan...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berjaya mematahkan cubaan menangkap...

5 Perompak Kapal Tangki...

BINTULU - Lima lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam rompakan sebuah kapal...

Pekerja Besi Buruk Dijatuhi...

IPOH - Seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

513 Mangsa, 10 Pusat Pemindahan Di Kedah

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah meningkat dari 501 kepada 513 orang setakat 8 malam ini membabitkan 157 keluarga dari tiga daerah iaitu Kota Setar, Baling dan Kubang Pasu.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata​​​​ di Kota Setar, seramai 112 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, 79 mangsa (30 keluarga) di PPS SK Gunung, 60 mangsa (21 keluarga) di PPS Surau Assyakirin

Manakala di Baling, seramai 57 mangsa dari 17 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Banggol Derom, Dewan Batu 60 dengan 44 mangsa (12 keluarga), Dewan Kampung Weng Luar dengan 31 mangsa (10 keluarga).

“PPS yang masih dibuka di Baling juga ialah di Dewan Risda Kampung Tanjung Pari dengan 32 mangsa (sembilan keluarga) dan Dewan Orang Ramai Keda Batu 8, pula melibatkan seramai 21 mangsa daripada enam keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu hanya satu pusat pemindahan dibuka di Kubang Pasu iaitu di PPS Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu yang menempatkan 77 mangsa daripada 21 keluarga. – BERNAMA

Kategori