Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Sawan Langgar Pembahagi...

Menurut laman Facebook Penang Kini, satu kemalangan melibatkan wanita berbangsa Cina yang mana...

Risiko Tanah Runtuh Di...

GERIK - Orang ramai yang menggunakan jalan raya Sumpitan-Ijok diminta berhati-hati ketika melalui...

2 Pemandu Lori Dipercayai...

SIBU - Dua pemandu lori ditahan sepasukan unit rondaan Pasukan Polis Marin Wilayah...

Indeks Gaji Kebangsaan Dilancarkan

PUTRAJAYA - Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) yang dilancarkan hari ini akan menjadi garis...

58 Mangsa Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan Banjir

ALOR SETAR – Seramai 58 mangsa dari 19 keluarga di Kampung Lapangan Terbang dan Kampung Seri Pasir di Kepala Batas di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Assyakirin, berikutan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan, sejak petang tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum berkata kesemua mangsa dipindahkan ke PPS tersebut sejak 6 petang tadi, selepas air menenggelamkan rumah penduduk antara 0.3 dan 0.5 meter.

Selain di PPS Surau Assyakirin, dua lagi PPS akan dibuka malam ini, di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah dan SK Gunung ekoran banyak kediaman penduduk di situ mula dinaiki air.

“Kita masih belum mengetahui jumlah kesemua mangsa di dua PPS yang baharu dibuka kerana masih mendaftar masuk dan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata banjir berpunca daripada limpahan air sungai berhampiran akibat hujan lebat petang tadi dan menyebabkan banjir kilat.


“Kita masih membuat pemantauan di kawasan yang dikenal pasti dinaiki air dan jika memerlukan pemindahan kita akan lakukan segera,” katanya. – BERNAMA

Kategori