JAKARTA – Enam beg berisi mayat penumpang pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang telah dibawa oleh pihak penyelamat ke Tanjung Priok.
Kompas TV melaporkan perkembangan itu dengan menembual Jurucakap Palang Merah Indonesia (PMI) DKI Jakarta, Sukono menerusi panggilan telefon.
Difahamkan, pihak penyelamat dari masa ke semasa akan membawa mayat ditemukan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk siasatan lanjut. –AGENSI