Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiket Final Piala Malaysia...

SHAH ALAM - Bahang final bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah...

FB Perkenal Marketplace, Ruang...

PADA hari ini, sekurang-kurangnya satu laman (page) atau kumpulan (group) menerusi laman Facebook pasti...

Ambil Kira Hubungan Dengan...

SEREMBAN : Sebarang cadangan bagi penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke...

Pasukan Azmin Jumpa Agong...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketua bekas Timbalan Presidennya, Datuk...

Pekerja Zoo Maut Dibaham Harimau Putih

TOKYO – Seorang penjaga zoo maut dibunuh seekor harimau putih ketika mangsa berada di dalam kandang haiwan berkenaan di selatan Jepun.

Pegawai polis tempatan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kandang harimau itu dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Kejadian berkenaan berlaku lewat malam tadi di Zoo Hirakawa, di selatan bandar Kagoshima.

Menurut laporan media, Akira Furusho, 40 ditemui dalam keadaan cedera parah di bahagian leher dan polis percaya mangsa dibaham harimau dari spesis jarang dijumpai itu.

Pihak pengurusan zoo memberitahu, harimau yang terbabit menyerang mangsa diberi suntikan pelali bagi membolehkan pasukan penyelamat dan pihak polis masuk ke lokasi kejadian.


Tiada sebarang perkembangan terkini diketahui setakat ini berhubung nasib harimau yang menyerang mangsa. – AFP/BH ONLINE

Kategori