Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tuah Mirip Siti Nurhaliza,...

DEK kerana wajah mirip artis terkenal tanah air, seorang wanita tiba-tiba menjadi popular...

Sindiket Menyamar Pegawai Kanan...

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyamaran sebagai...

Euro 2016: Perancis, Jerman,...

TUAN rumah kejohanan Euro 2016, Perancis mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan...

Cadang Had Transit Di...

SEPANG - Tempoh transit di zon antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

80 Peratus Transgender Adalah Pekerja Seks

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peratus daripada 20,000 golongan transgender di negara ini terlibat sebagai pekerja seks.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, atas sebab itu Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyantuni golongan berkenaan dengan melaksanakan pelbagai program rawatan dan pemulihan secara sukarela melalui Program Mukhayyam sejak 2011.

Kata beliau, kerajaan turut berbincang dengan beberapa agensi pekerjaan yang mahu memberi peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan transgender.

“Seterusnya, program pendidikan dan advokasi berkaitan isu LGBT berbentuk seminar telah menyasarkan masyarakat awam,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) mengenai pendirian dan usaha kerajaan menangani gejala LGBT.

Jelas Mujahid, Jakim turut menerbitkan buku elektronik yang berjudul Panduan Hijrah Diri bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan yang boleh dimuat naik di Google Playstore.

Di samping itu kata beliau, Jakim turut menerbitkan buku ‘Hadith Sahih Berkenaan Pelakuan LGBT’ dan beberapa risalah seperti ‘Memahami LGBT Daripada Perspektif Seorang Muslim’. – UTUSAN ONLINE

Kategori