Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dr M Mungkir Janji,...

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa tidak timbul isu presiden parti itu...

Pemandu Perodua Myvi Mohon...

JOHOR BAHRU - "Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa," kata Nur...

6 Nelayan Indonesia Tangkap...

GEORGE TOWN - Enam nelayan Indonesia ditahan ketika menceroboh dan menangkap ikan di...

Lebih Banyak Sekolah Tamil...

GEORGE TOWN - Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia...

96 Pelajar Di Al-Azhar, Mesir Mula Masuk Kelas

KUALA LUMPUR – Seramai 96 pelajar jurusan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir telah mula memasuki kelas masing-masing selepas menghadapi masalah pendaftaran selama hampir tiga bulan sejak tiba di negara berkenaan pada 14 Julai lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Syeikh Universiti Al-Azhar Mesir, Prof Dr Ahmed Muhammad al-Tayyib pada Sabtu lalu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kesemua 96 pelajar jurusan Qiraat berkenaan mempunyai masalah untuk mendaftar di Maahad Shoubra ekoran pekeliling baharu yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Al-Azhar itu memerlukan para pelajar jurusan Qiraat dari luar negara yang ingin menyambung pengajian ke Maahad Shoubra menduduki peperiksaan ‘Qabul’ terlebih dahulu dan wajib lulus.

“Selain itu, syarat lain yang dikenakan ialah setiap pelajar yang mahu menyambung pengajian di maahad tersebut perlu melepasi Muwafawah ‘Amniyyah (tapisan keselamatan) daripada pihak Keamanan Negara Mesir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mujahid berkata syarat baharu itu telah menimbulkan beberapa masalah melibatkan para pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian mereka.

“Masalah berkenaan telah selesai pada pertemuan itu, malah pegawai Education Malaysia Egypt (EME) memaklumkan pada Isnin kesemua pelajar berkenaan telah mula memasuki kelas mereka,” katanya.


Pertemuan berkenaan adalah satu daripada agenda utama Mujahid sepanjang lawatan kerjanya selama lima hari ke Kaherah, Mesir, selain turut menghadiri Persidangan Fatwa Sedunia yang dihadiri oleh para mufti dari seluruh dunia.

Mujahid turut mempengerusikan satu daripada sesi pembentangan yang bertajuk ‘Parameter Fatwa Dalam Isu Negara dan Permasalahan Awam’ pada persidangan berkenaan.

Agenda lain lawatan kerja beliau ke Mesir adalah mengadakan pertemuan dan berdialog bersama pelajar-pelajar Malaysia di republik berkenaan. – BERNAMA

Kategori