Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Sindir ‘U-Turn’ PH...

SINIS... Tidak sampai seminggu dikutuk ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh...

29 Maut, 70 Cedera...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 29 maut dan 70 lagi cedera dalam letupan di...

Ejen Insurans Ugut Bunuh...

BALIK PULAU - Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes...

Hasrat Pak Wan Berbasikal...

KOTA BHARU - Pengayuh basikal Wan Hashim Wan Mahmood melahirkan hasrat mencipta sejarah...

Abdul Hadi Dikunjungi Duta AS Selepas Puji Tun M?

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Datuk Abdul Hadi Awang dikunjungi oleh wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan tentang kunjungan itu dalam satu kenyataan media namun tidak menyebut bila ia berlangsung.

Bagaimanapun, kunjungan itu dipercayai semalam iaitu selepas Abdul Hadi memuji Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Port Dickson malam kelmarin.

“Presiden PAS menerima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir.

“Pertemuan yang berlangsung lebih sejam tersebut menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa di peringkat dalam dan luar negara,” katanya.

Pada 17 Julai lalu, International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington mendedahkan tentang kerjasama pertubuhan itu mengukuhkan parti pembangkang di Malaysia menerusi dana National Endowment for Democracy (NED) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.


Presiden IRI, Daniel Twining dalam satu temuramah di luar negara berkata, selepas kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau telah bertemu dengan pemimpin baharu Malaysia yang memuji IRI kerana tidak berputus asa terhadap mereka.

IRI memiliki kaitan dengan Parti Republikan menerusi Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain yang menjadi pengerusi sejak 25 tahun lalu sebelum melepaskan jawatan pada Ogos lalu.

Syarhir berkata, Presiden PAS berkongsi pandangan tentang konsep keadilan Islam, keutamaan untuk mendahulukan damai dalam setiap perkara dan pendekatan yang diambil oleh PAS membangunkan Kelantan dan Terengganu. – MYNEWSHUB.TV

Kategori