Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Patung Lilin SRK Jadi...

TUMPUAN... Patung lilin aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan atau juga disebut sebagai...

Islam Larang Kerjasama Yang...

TRANG (Thailand) - Islam melarang sebarang kerjasama yang membawa kepada keburukan, sebaliknya menyeru...

Pemimpin Hamas Ajak Fraksi...

KUALA LUMPUR - Ketua pergerakan Hamas yang berpangkalan di Gaza, Ismail Haniyeh menggesa...

Ibu Tunggal Titip Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Bekerja sebagai atendan di stesen minyak selama 30 tahun demi...

Hina PM: Adik Lokman Ditahan Akta Hasutan

KEJAM… Azman Noor Adam, adik kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam ditahan dan disiasat oleh pihak polis awal pagi ini di bawah Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan tindakannya memuat naik status menerusi akaun sosial Facebook yang dikatakan menghina pemimpin negara baru-baru ini, menurut laporan media tempatan hari ini.

Penahanan tersebut didedahkan sendiri Lokman menerusi akaun Instagram miliknya dan memaklumkan adiknya itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 3 pagi.

Azman berjaya diberkas di rumahnya sendiri di Bukit Subang serta direman empat hari bermula hari ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan di IPD Shah Alam.

“Adik saya direman. Sebelum pilihan raya umum, Akta Hasutan mahu dihapuskan, kini jadi senjata utama mereka, tidak cukup saya, adik saya pula jadi mangsa,” kata Lokman dipetik menerusi akaun Instagram miliknya.

Pegawai penyiasat dari IPD Shah Alam mengesahkan bahawa adiknya ditahan kerana menularkan satu hantaran orang lain yang didakwa mengandungi gambar yang menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azman disiasat kerana mengongsikan “posting” kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Mahathir, 93, yang muncul di kaca televisyen.


Sambil mengutuk tindakan kenalan adiknya itu, Lokman turut menyuarakan kekecewaan kerana penyokong BERSIH melakukan perkara sama terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

“Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong bersih tersebut ditahan jam 3.00 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?” soalnya dalam satu hantaran menerusi Instagram peribadinya.

Beliau turut zahir kehairanan apabila dua laporan polis dibuat di balai yang sama berkaitan penghinaan dua orang pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V belum pula dilakukan sebarang pendakwaan.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut bersabit perbuatan yang dilakukan adik Lokman.

“Benar kita menahannya pagi ini, dia direman empat hari bermula hari ini dan polis menyiasat kes ini di bawah Sekyen 4 (1) Akta Hasutan,” katanya – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori