Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kes Maisara Dakwa Polis...

1 MEI lalu, lebih 1,000 individu dipercayai terlibat menghadiri perhimpunan haram anti-GST yang...

Kerajaan Tidak Mungkin Beri...

SHAH ALAM - Kerajaan dijangka tidak akan membiayai sepenuhnya subsidi kenaikan harga minyak...

Fezrul Khan Belum Bersedia...

PELAKON Fezrul Khan yang menduda selepas bercerai Ogos lalu menjelaskan, dia belum bersedia...

Ibu Dikritik Biar Anak...

DUA orang ibu di China dikritik netizen gara-gara sengaja membiar dan melihat sahaja...

Ahli Keluarga Diminta Tampil Kenal Pasti Mayat

SEREMBAN – Polis Port Dickson meminta pihak yang kehilangan ahli keluarga atau rakan tampil mengenal pasti mayat yang ditemui di tingkat 19 bangunan terbengkalai di Jalan Pantai, Telok Kemang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata berdasarkan bedah siasat yang dijalankan pada hari ini, pihak hospital mengesahkan punca kematian tidak dikenal pasti dan tiada unsur jenayah dikesan pada mayat.

“Bedah siasat juga mendapati mayat merupakan seorang lelaki berumur dalam anggaran 40-an, dengan anggaran ketinggian 180 cm dan dianggarkan masa kematian lebih kurang empat hingga enam minggu.

“Justeru mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Maliki Ariffin atau Ketua Polis Balai Teluk Kemang di talian 06-6625222 bagi proses identifikasi serta pengecaman mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, polis menemui jasad manusia dalam keadaan terbaring menghadap ke arah laut dan kelihatan seperti berselimut dengan menampakkan bahagian kepala sahaja.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berada di dalam “sleeping bag” dengan memakai seluar jeans, berbaju t-shirt serta pengenalan diri tidak ditemui di badan mangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori