Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Digesa Perkenal Semula...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula...

Alami Tekanan Perasaan, Wanita...

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di...

“Sukar Buat Gimik Lagi”...

PADA zaman ini, terlalu banyak cara yang dilakukan bagi mempromosikan sesebuah produk. Strategi...

Awas Pelaris ‘Kencing Iblis’...

ALKISAH sudah menjadi perkara yang wajar jika para peniaga ada memasang impian agar...

Ahli Parlimen Tak Dipaksa Ikuti Kursus Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Kursus bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anggota Parlimen dijangka bermula selewat-lewatnya November ini.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, berkata hasil pertemuan pihaknya dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini, dipersetujui bahawa kursus itu akan diadakan secara santai melalui forum bahasa.

Beliau berkata, kursus perintis dikelolakan oleh pakar bahasa Melayu terkemuka itu akan diadakan sekali sepanjang Persidangan Dewan Rakyat kali ini sebelum ditambah baik untuk penganjuran seterusnya.

“Kursus berbentuk ceramah santai ini terbuka untuk kalangan ahli Parlimen yang merasakan perlu untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

“Tidak ada paksaan atau kursus rasmi berkaitan bahasa Melayu sebaliknya dibuat secara sukarela,” katanya ditemui pada Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi 2018, Bertemakan:Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, hari ini.

Terdahulu, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk: Penyelidikan dan Inovasi dalam Konteks Pengantarabangsaan Bahasa Melayu dan Peluasan Fungsi DBP, hari ini.

Sementara itu, Mohamed Hatta menganggap secara keseluruhannya tahap penguasaan bahasa Melayu kalangan ahli Parlimen di negara ini merentasi kaum, adalah baik.


“Malah, saya dapati ada kalangan anggota Dewan Rakyat bukan Melayu begitu fasih berbahas menggunakan bahasa Melayu.

“Pada masa sama kita sedia terima jika ada ahli Parlimen yang mahu mengikuti kursus rasmi secara persendirian dengan DBP. Kita tidak akan dedahkan nama mereka,” katanya sambil menyifatkan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof satu sejarah.

Katanya, pada pertemuan itu pihaknya turut menyerahkan 50 buku kepada Perpustakaan Parlimen berkaitan perundangan dan Parlimen.

Untuk rekod, pada September lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan DBP akan menganjurkan kursus bahasa Melayu untuk semua anggota Parlimen bermula Januari depan. – BH Online

Kategori