Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Tiada Syarat Tak Masuk...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada...

Paul Pogba Sambut Ramadhan...

PEMAIN bola sepak termahal dunia Paul Labile Pogba menyambut kedatangan Ramadhan dengan menunaikan...

Siasatan SPRM Ke Atas...

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan...

Mesyuarat ASEAN Masuk Hari...

KUALA LUMPUR - Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-22 berlangsung pada Khamis, hari terakhir...

Ahli UMNO PD Diseru Keluar Mengundi

PORT DICKSON – Orang Melayu khususnya ahli UMNO di Parlimen Port Dickson diseru untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Mohd. Faizal Ramli berkata, seruan itu adalah selaras dengan kenyataan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak menghalang pengundi berdaftar Port Dickson untuk keluar mengundi dan memilih calon yang disukai.

“Undi kita adalah penting dan berharga untuk menentukan siapa yang akan menduduki kerusi Parlimen Port Dickson.

“Saya penuh yakin dan percaya bahawa kita akan membuat pilihan tepat demi agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, untuk membolehkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

PRK Port Dickson menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan Anwar dan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas. – UTUSAN ONLINE

Kategori