Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tukar Kerajaan Tidak Semudah...

KUANTAN - Rakyat di negeri ini termasuk golongan nelayan diminta menggunakan kuasa mereka...

Saleem Penyanyi Unik, Sukar...

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah...

Bapa Maut Dibaham Buaya...

MALANG memang tidak berbau.Leka memasang belat bagi menangkap ikan, seorang bapa, Idris Yakub, 56,...

AKPK Selesaikan 11,935 Kes...

KUALA LUMPUR - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya membantu 11,935 individu...

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 70 Peratus

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai hari ini sehingga 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

“Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami,” katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. – BERNAMA

Kategori