Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Terengganu Belum Sedia Laksana...

KUALA TERENGGANU - Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya...

Bangkai Ikan Lumba-lumba Dijumpai...

KOTA KINABALU - Bangkai seekor ikan lumba-lumba dewasa jantan jenis gigi kasar dijumpai...

Penyampai Era, Ira Mohd...

PENYAMPAI radio ERA fm,  Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup...

Apps Memudahkan Pelancong Islam...

PADA tahun 2014, 180,000 pelancong Islam tiba di Taiwan untuk menikmati keindahan luar...

Akaun Hasil Disatukan: Guan Eng ‘Kencing’ Lagi?

KUALA LUMPUR – Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan sebanyak tujuh kali ganda iaitu RM3.25 bilion dalam tempoh empat bulan dipersoal.

Ia berikutan Akaun Hasil Disatukan negara dikira dan audit secara tahunan iaitu pada tahun kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun, bukan bulanan seperti yang digembar-gemburkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kelmarin.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Guan Eng juga tidak menyebut dalam kenyataanya bahawa baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal sebanyak RM11.86 billion setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember tidak pernah berubah sejak tahun 1996.

Selain itu, kata beliau, hasil kerajaan bagi tempoh antara April sehingga Julai sememangnya akan meningkat berkali ganda berbanding bulan-bulan lain kerana tarikh akhir bagi individu menghantar borang taksiran cukai adalah pada 30 April dan 30 Jun setiap tahun.

“Ini dia (Guan Eng) tak sebut atau buat-buat lupa,” katanya di Facebook hari ini.

Shahril Sufian berkata, kutipan dari 31 Mei 2018 sehingga 31 Ogos 2018 berjumlah RM73.58 billion juga menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya mampu mengutip hasil setiap bulan untuk menampung perbelanjaan mengurus selepas 9 Mei 2018.

Kata beliau, Guan Eng juga tidak menyebut tahun pilihan raya 2004, 2008, 2013 baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal sama pada hujung tahun bukti tidak ada perbelanjaan berlebihan pada tahun pilihan raya.


Jelas beliau, perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan tetap seperti emolumen gaji dan pencen kakitangan awam, perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Justeru, katanya, kenyataan Guan Eng jelas membuktikan tidak ada pembaziran yang boleh berlaku secara berlebihan seperti didakwa pemimpin PH selama ini.

“Kalau rasa fakta ini tak betul, Menteri Kewangan boleh tunjukkan item perbelanjaan mengurus Januari – Mei 2018 dibandingkan dengan Januari – Mei 2017 untuk buktikan perbelanjaan berlebihan,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori