Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Tutup 21 IPG, Ketua...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara bakal...

Dua Pelajar Kolej Universiti...

KUALA LUMPUR — Dua pelajar lelaki jurusan diploma tahun akhir sebuah kolej universiti...

2,000 Pelarian Dipindah Dari...

IDOMENI (Greece) - Polis Greek memindahkan hampir 2,000 pendatang dari kem yang terlampau...

Tak Sokong Azmin Selangor...

KUALA LUMPUR - "Siapa saya sokong adalah hak saya." Itu kenyataan tegas Tan Sri...

Aksem Rampas 574 Krek Minuman Keras Di Butterworth

KUALA PERLIS – Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis merampas 574 krek minuman keras pelbagai jenama bernilai RM254,213 termasuk cukai dan menahan seorang lelaki di sebuah gudang di Sungai Dua, Butterworth, petang semalam.

Komandernya DSP Syed Basri Syed Ali berkata sebahagian daripada 27 jenama minuman keras itu dipercayai diseludup dari negara asing dan ada juga yang dihasilkan di dalam negara, menggunakan pelekat palsu kastam untuk mengaburi pembeli dan pihak berkuasa.

“Hasil risikan dan maklumat orang ramai, sepasukan anggota Aksem Perlis menyerbu sebuah gudang di Jalan Sungai Lokan, Sungai Dua pada kira-kira pukul 3 petang semalam serta menahan penjaga gudang berumur 58 tahun,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Syed Basri berkata minuman keras itu antaranya daripada jenama Singha, Chang, Kapak, Special Thai Song, Wiski Mc Dowell’s, Carlsberg, Grand Royal Wiski dan Louis Martin untuk pasaran tempatan bernilai lebih RM84,737 manakala cukai ditaksirkan lebih RM169,400.

Kes itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Perlis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori