TOKYO – Lelaki dipercayai seorang wartawan bebas Jepun yang diculik di Syria, tiga tahun lalu, sudah dibebaskan, kata jurucakap kerajaan negara itu, semalam.
“Kami menerima maklumat daripada Qatar bahawa Jumpei Yasuda sudah dibebaskan. Kami dimaklumkan bahawa beliau kini berada di kemudahan imigresen di Antakya di Turki,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih dan pencuci mulut, semuanya enak belaka.
Katanya, kerajaan sedang memastikan bahawa beliau benar-benar Yasuda. Namun, katanya, berdasarkan maklumat yang ada, kemungkinan besar beliau adalah Yasuda sambil menambah isteri beliau sudah dimaklumkan.
Media Jepun melaporkan bahawa Yasuda, 44, ditangkap cabang kumpulan Al-Qaeda, selepas masuk ke Syria dari Turki pada 2015.
Sejak itu, beliau kadang-kadang tampil dalam video internet dalam keadaan semakin tidak terurus dengan rambut kian beruban. – Reuters/BH ONLINE