Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 10,000 Peluang Pekerjaan...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021...

Lebih 3,000 Etnik Benggali...

ALOR SETAR - Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim dari Bangladesh 'menyamar' menjadi pelarian...

Model Miliki Wajah Jelita...

Miliki struktur tulang pipi yang mengagumkan, tubuh langsing dan wajah persis seorang wanita,...

Lebih 80 Peratus Kematian...

PUTRAJAYA - Kira-kira 86.3 peratus atau 1,126 kematian akibat Covid-19 adalah mereka yang...

Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

TELAH kembali ke rahmatullah anakanda abang Bob Lokman, Mohamad Adam jam 12.00 malam lebih, dia rebah di beranda rumah.

Jam 2.00 pagi kami berhimpun di rumah Abang Bob, euforia kesedihan kami kongsikan, mendoakan Adam dan menemani Abang Bob.

Adam anak yang sangat baik, menjaga Abang Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tak berpisah dengan ayahnya.

Aku terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan kepada ayahya di hospital. Mereka berdua terlalu rapat, Adam mengikuti merata tempat program dakwah Abang Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh negara.

Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor.

Esok solat jenazah Adam di Masjid al-Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat Jumaat.


Saya mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman-teman untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti pada keluarga.

Moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh Mohamad Adam bin Mohd Hakim Lokman. ā€“ HARAKAHDAILY 5/10/2018

Kategori