Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pekebun Sayur Hilang Hampir...

KUANTAN: Seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands kerugian RM792,669.45 selepas terpedaya dengan...

Mahkamah Tolak Rayuan Ketepi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bapa...

Mayat Reput Tanpa Kepala...

Simpang Renggam - Mayat wanita tanpa kepala hampir reput dijumpai dalam semak di...

Singapura Berhubung Dengan Malaysia...

SINGAPURA - Singapura akan terus berhubungan dengan Malaysia, sesuai dengan perkembangan semasa, kata...

Anggota Badan Jamal Ditemui Di Dalam Perigi?

ISTANBUL – Bahagian badan wartawan, Jamal Khashoggi ditemui di kediaman Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul, kata seorang pemimpin pembangkang Turki seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mirror semalam.

Pemimpin Parti Rodina, Dogu Perincek mendakwa dalam satu wawancara bahawa beberapa bahagian tubuh wartawan itu ditemui di dalam sebuah perigi dan taman di konsulat berkenaan.

Organisasi berita, Sky News pula melaporkan sumbernya sebagai mendedahkan bahawa mayat wartawan itu dikerat-kerat dan wajahnya dicacatkan. Anggota badan manusia itu ditemui di sebuah taman di kediaman Konsul Besar Arab Saudi di konsulat berkenaan di Istanbul.

Pendedahan itu disiarkan sebelum Presiden Recep Tayyip Erdogan berucap di Parlimen Turki semalam untuk memberitahu bahawa pembunuhan Jamal dirancang beberapa hari sebelum mangsa hilang dan mayatnya masih belum ditemui.

Erdogan berkata, sebuah pasukan terdiri daripada 15 warga Arab Saudi termasuk perisik, pakar forensik dan pegawai berpangkat jeneral memasuki konsulat itu pada hari kejadian dan keluar beberapa jam kemudian sebelum menaiki penerbangan pulang ke Riyadh.

Menurutnya, Jamal menjadi mangsa pembunuhan kejam dan terancang. Erdogan juga me­minta supaya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat pembunuhan itu, manakala perbicaraan mengenainya diadakan di Istanbul.

Sementara itu, Menteri Arab Saudi, Adel Al-Jubeir semalam menjanjikan ‘siasatan lengkap dan menyeluruh’ berhubung kematian wartawan tersebut.


Kepimpinan Arab Saudi akan memastikan bahawa siasatan yang dilakukan adalah lengkap dan menyeluruh serta kebenaran didedahkan, manakala mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan, kata Adel kepada pemberita selepas menemui rakan sejawatannya dari Indonesia di Jakarta.

“Mekanisme dan prosedur akan juga dilaksanakan bagi memastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Dikenali sebagai pengkritik tegar dasar Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, Jamal, 59, hilang selepas memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu untuk mengambil dokumen bagi perkahwinannya. – Agensi/Kosmo Online

Kategori