Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Tunjukkan Kami Cara Jadi...

ARTIS serba boleh, Nabil Ahmad menyifatkan, cadangan seorang pelakon supaya berhenti mengambil pelawak...

1,600 ‘Panda’ Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di...

Liana Rosli Bergelek Buat...

SIKIT pun tidak mendatangkan kudis, itulah yang boleh disimpulkan daripada cara anak perempuan...

Mahkamah Agung Brazil Diminta...

BRASILIA - Pendakwa raya Brazil telah mengemukakan permohonan agar Mahkamah Agung mengeluarkan satu...

Anjing Pengesan Kenalpasti Lokasi Mangsa Dipercayai Tertimbus

GEORGE TOWN – Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga lokasi dipercayai terdapat mangsa tertimbus di kawasan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata anjing pengesan telah mengenalpasti tiga lokasi di sekitar sektor satu dan dua kawasan tanah runtuh itu serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan memberi penumpuan di situ.

“Operasi SAR pagi ini memberi tumpuan di tempat-tempat di mana anjing pengesan berminat semalam iaitu ia (anjing) sejak semalam menghidu di kawasan berkenaan dan kemungkinan mangsa yang masih tertimbus berada di kawasan tersebut.

“Jadi, pasukan penyelamat akan memberi lebih fokus menggali dan mencari mangsa di sektor satu dan sektor dua berkenaan, selain operasi SAR di sektor ketiga,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi SAR itu bermula pukul 8.30 pagi ini selepas pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh mendapati ia selamat untuk pasukan penyelamat masuk menjalankan kerja mencari mangsa yang masih tertimbus.

Sementara itu, Pengarah JBPM Pulau Pinang Saadon Moktar yang turut berada di lokasi kejadian berkata operasi SAR hari ini akan dimulakan dengan pengalihan tanah tertimbun kira-kira lima meter serta tiga lagi kontena yang masih berada di lokasi tanah runtuh berkenaan.

“Kemudian kita akan hantar anjing K9 untuk membuat pengesanan di kawasan yang telah dikenalpasti itu,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pihaknya turut mendapat bantuan penambahan logistik antaranya empat jengkaut, tiga kren dan beberapa jentera lain daripada JBPM, kontraktor projek dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


Katanya ketika ini seramai 100 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi antaranya bomba, polis, MBPP, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi SAR yang masuk hari ketiga hari ini.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala lima lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.

Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Petang Jumaat dua mayat ditemukan iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pukul 1.30 pagi Sabtu dan mayat keempat Bahtiar, 36, lelaki Indonesia ditemukan pada 11.55 pagi semalam. – BERNAMA

Kategori