Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harrison Ford Cedera Parah,...

LOS ANGELES - Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas...

Adam Adli Sedia Berdebat...

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia...

Anzalna, Suami Dan Keluarga...

PASANGAN merpati dua sejoli, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang baharu sahaja...

Isteri Dipukul Suami Berang...

BUTTERWORTH – Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan...

Anwar, Azmin, KJ, Izzah Ada Potensi Jadi PM – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman Twitter rasminya hari ini, menyebut beberapa nama yang dilihat baginda berpotensi menjadi Perdana Menteri.

Tunku Ismail bertitah, baginda berpendapat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali antara nama berpotensi menjadi Perdana Menteri.

Nama lain dinyatakan dalam kenyataan laman Twitter itu adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

“Ini hanyalah pendapat saya. Tidak ada kena-mengena dalam politik sama sekali, jadi jangan panik atau melatah.

“Awak tahu siapa yang saya fikirkan berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang? Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” titah baginda dalam laman Twitter rasminya, hari ini. – BH Online

Kategori