Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Susah Sangatkah Nak Berdiri...

APA yang dapat anda simpulkan apabila melihat gambar di atas?Ia dirakamkan sewaktu lagu...

Guan Eng Tetap Pendirian,...

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng membidas teguran Anwar dengan menyatakan dirinya bukanlah Perdana...

Pemberian Vaksin Covid-19 PICKids...

PUTRAJAYA : Pemberian vaksin Covid-19 di bawah PICKids akan dibuka selama lima hari...

RM500,000 Projek Tebatan Banjir...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik...

Anwar Dengar Keluhan Pemandu Teksi Port Dickson

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari meneruskan siri kempennya dengan bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat di pusat bandar Port Dickson.

Memasuki hari keempat berkempen, beliau meluangkan masa hampir dua jam pagi ini mengunjungi premis perniagaan dan bertemu orang ramai termasuk pemandu teksi yang menjadi penggerak industri pelancongan di sini.

Pada pertemuan dengan kira-kira 30 anggota Persatuan Kebajikan Tuanpunya dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Port Dickson, Anwar yang juga Ketua Umum PKR mengambil kesempatan mendengar rintihan pemandu-pemandu teksi yang menghadapi persaingan dengan perkhidmatan e-hailing.

Pengerusi persatuan itu, Rosli Latif, 55, berkata dalam pertemuan itu beliau menyuarakan perasaan sedih ahli persatuannya mengenai situasi semasa yang dihadapi pemandu teksi dan berharap tindakan sewajarnya diambil bagi memberi keadilan kepada mereka.

“Kami bukan mahu e-hailing dihentikan, tetapi biarlah mengikut sistem yang diguna pakai oleh pengusaha teksi seperti membawa kenderaan melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan pemandu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau turut mengadu bahawa sejak perkhidmatan e-hailing beroperasi, pendapatan pemandu teksi berkurangan ekoran pengunjung yang datang ke Port Dickson lebih gemar memilih perkhidmatan e-hailing.


“Sebelum ini, pendapatan pengusaha teksi di daerah ini boleh menampung perbelanjaan dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari, tetapi kali ini kita hanya dapat satu hingga dua trip untuk satu hari dengan pendapatan harian kini menjadi RM20 sahaja,” katanya.

Rosli berkata, Anwar memberi reaksi positif terhadap permasalahan itu dan berjanji akan membawa perkara itu ke Parlimen sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu nanti.

PRK Port Dickson ditetapkan 13 Okt susulan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar, yang telah menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, untuk kembali ke Parlimen. – BERNAMA

Kategori