Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PKR Bantah Beri Lesen...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta...

Asyraf: Adakah 12 Menteri...

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bertanya sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri...

Mayat Tanpa Biji Mata...

BESUT - Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar...

Bursa Dibuka Rendah, Menjejaki...

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi Wall Street...

Anwar Kata Port Dickson Pilihan Tepat

PORT DICKSON ― Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah membuat keputusan yang tepat apabila memilih Port Dickson sebagai kawasan untuknya bertanding dan kembali ke Parlimen.

“Selepas menemui pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh berkempen sejak 29 Sept lalu, saya dapat merasakan kehadiran saya di sini diterima baik masyarakat tempatan,” kata calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu.

“Saya sudah berkempen pergi ke kawasan Melayu, kawasan nelayan Melayu, nelayan Cina, estet India, tadi pun saya pergi takzirah di masjid saya tengok ramai yang datang.

“Saya berkempen dalam pembangkang sudah lama dan sekarang dalam kerajaan, saya tidak pernah saksikan semangat orang Melayu macam sekarang dan orang Cina pula tengok saya bukan sebagai Melayu tapi sebagai kawan,” katanya semasa berucap dalam ceramah di Lukut, di sini, malam ini.

Ceramah itu turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang, timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan anggota Parlimen Teluk Intan Nga Kor Min yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat di sini termasuk para pemimpin dan jentera yang membantunya menghadapi PRK itu.

“Saya sangat menghargai semua sokongan termasuk kehadiran (perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepada masyarakat pengundi saya tidak boleh berjanji banyak tapi saya akan memberikan yang terbaik untuk anda,” katanya.


PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Beliau baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Sabtu ini (13 Okt). — BERNAMA

Kategori