Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tingkat Kawalan Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran...

PRU15: Polis Terengganu Terima...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima dua laporan polis sepanjang tempoh lima hari...

92 Militan Boko Haram...

YAOUNDE - Tentera Cameroon menembak mati 92 ahli kumpulan militan Boko Haram dan...

Video: Nelayan Selamat Pelancong...

VIDEO pasangan dari Norway yang tersekat dan hampir tenggelam dalam lumpur di Thailand telah...

Anwar Kesal Sikap Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pemandu teksi kerana berlaku biadap terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kononnya Mahathir sebenarnya melahirkan rasa simpati tentang keadaan dan kedudukan pemandu teksi di negara ini.

“Maka sewajarnya mereka memberi ruang masalah tersebut diselesaikan dengan baik.

“Adalah dikesalkan manakala timbul tindakan memboikot sidang dialog bersama Perdana Menteri yang jelas melahirkan simpati kapada mereka,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir pada majlis bersama pemandu teksi di Langkawi beberapa hari lalu mengumumkan beliau bersedia meletak jawatannya kerana merajuk dengan tindakan segelintir pemandu teksi meninggalkan sesi dialog bersama beliau.

Pemandu teksi terbabit dipercayai kecewa dengan penjelasan Mahathir mengenai isu Grab selain berasa tertipu dengan janji manis PH pada PRU14.

Mahathir pada kempen pertamanya selepas disahkan sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14 berjanji akan mengkaji aplikasi e-hailing bagi membela nasib pemandu teksi dan kereta sewa.


“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia. Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” kata Mahathir pada 28 April lalu.

Berikutan itu, pemandu teksi di seluruh negara gigih berkempen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memenangkan PH pada PRU14 demi janji PH kepada mereka.

Bagaimanapun, selepas menang PRU14, kerajaan PH mengumumkan perkhidmatan Grab dibenarkan terus beroperasi, malah syarikat e-hailing Grab bakal menggantikan perkhidmatan bas perantara di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT). – Mynewshub.tv

Kategori