Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Cubaan Dr M...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pilihan...

Terpaksa Bawa Grab Selepas...

SELEPAS setahun syarikat produksi miliknya tidak dapat sebarang tawaran untuk menerbitkan drama atau...

RUU 355: Taklimat Hangat,...

BANGI - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan sesi taklimat...

Khairy Beri Bayangan Azwan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini secara berseloroh memberi...

Apa Masalah PPBM Mahu Hapus Ketuanan Melayu?

“SAYA betul-betul tidak faham dengan kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut beliau, kerajaan PH dan PPBM dilihat lebih gemar melakukan provokasi ke atas perkara-perkara asas dalam negara selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kata beliau, mereka sepatutnya memberi tumpuan terhadap menambahbaik kedudukan masyarakat selepas diberi mandat oleh rakyat Malaysia termasuk kaum Melayu.

“Bukannya mereka hendak memfokuskan masa dan tenaga memikirkan inovasi baharu bagi menambahbaik kedudukan masyarakat. Sebaliknya lebih suka melakukan provokasi berhubung perkara-perkara asas negara kita.

“Ketuanan Melayu misalnya. Ini bukan perkara baharu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, Ketuanan Melayu bukan perkara kecil dan remeh kerana ia adalah asas kepada negara ini.

Menurut beliau, ia juga tunjang Perlembagaan Persekutuan dan rujukan dalam membentuk kontrak sosial antara orang Melayu dan kaum lain selama ini.

Kata beliau, PPBM lantang mendakwa kononnya UMNO gagal menjaga orang Melayu, maka parti itu sepatutnya tampil membela orang Melayu selari dengan nama dan slogannya.


Tegas beliau, jika benar Melayu itu lemah seperti didakwa PPBM, maka sewajarnya kaum itu dibantu dalam aspek ekonomi dan endidikan Melayu, bukan menyerang dan membuang konsep Ketuanan Melayu yang tidak mendatangkan sebarang masalah selama ini.

“Melainkan istilah ‘peribumi’ itu tidak lebih sekadar sogokan dan nama yang tidak ada apa-apa erti.

“Melainkan PPBM sendiri sebenarnya tidak faham apa itu Ketuanan Melayu dan perjuangan membela Peribumi yang menjadi struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan marahkan pemimpin Melayu, ketuanan bangsanya yang dicabar,” katanya.

Ahli Parlimen PPBM Muar yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman baru-baru ini mengumumkan Ketuanan Melayu sudah berakhir di bawah kerajaan ‘Malaysia Baharu’. – MYNEWSHUB.TV

Kategori