Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maya Akui Sudah 6...

TIADA angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi Maya Matahari akhirnya mendedahkan sudah tinggal berasingan...

Jambatan Bako Dijadual Siap...

KUCHING - Projek jambatan bernilai RM41.2 juta yang merentangi Sungai Bako di Kampung...

200 Wanita Dirogol Hanya...

Sudan – Lebih 200 wanita termasuk 80 pelajar sekolah di sebuah kampung di...

Pemimpin PKR Bincang Pilihan...

GEORGE TOWN - Pemimpin-pemimpin PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di...

APMM Sabah Tahan Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 2.3 batu nautika dari Pantai Sabandar, dekat sini awal pagi tadi kerana melanggar syarat lesen.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Sabah, Kepten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata pihaknya menahan bot nelayan berkenaan pada 3 pagi kerana didapati memukat tunda di kawasan kurang dari tiga batu nautika seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.

““Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong bersama empat awak-awak warganegara Indonesia berada di atas bot tersebut dan apabila diperiksa didapati sebanyak 300 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot dan kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Jeti ZM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Asmawati berkata tangkapan itu berhasil ekoran daripada pemantauan berterusan yang dilakukan di kawasan tumpuan yang mana aktiviti berkenaan sering dilakukan.


“Aduan orang awam juga salah satu daripada maklumat yang amat diambil berat oleh pihak APMM agar tindakan segera dapat dilakukan bagi membenteras perkara ini.

“Oleh itu, kita menyeru kepada semua orang awam terutamanya komuniti maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan dengan memaklumkan pihak APMM melalui Pusat Operasi APMM Sabah di talian 088-270165,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori