Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KKM Saring Bagasi, Bungkusan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bagasi, bungkusan pos dan kurier...

Seorang Maut, 18 Cedera,...

MOSCOW - Seorang kakitangan lapangan terbang maut akibat diserang sakit jantung manakala 18...

Pembeli PR1MA Seremban Boleh...

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

APMM Tahan Bot Nelayan Asing Di Perairan Negara

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing dari Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran dalam Op Jaksa di perairan Johor Timur, Selasa lepas.

Pengarah APMM Tanjung Sedili, Kepten Mohd Zulfadli Nayan berkata bot peronda APMM mengesan dua bot yang sedang leka menangkap ikan di kedudukan kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Aur dekat Mersing, kira-kira pukul 11 pagi.

Zulfadli berkata seramai 23 kru daripada kedua-dua bot terbabit ditahan termasuk dua tekong warga Vietnam yang berusia antara 16 dan 63 tahun.

“Semasa pemeriksaan, kedua-dua tekong bot berkenaan gagal mengemukakan sebarang lesen bot dan terdapat juga kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

APMM turut merampas hasil tangkapan laut, minyal diesel, bot serta peralatan menangkap ikan yang keseluruhan bernilai hampir RM6.5 juta, katanya.

Beliau berkata, kru dan bot yang ditahan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran sah daripada Pengarah Perikanan.

Dalam operasi sama, APMM turut menahan sebuah bot kayu tidak bernombor yang dikenali sebagai “Lima Sore” dikesan berlegar-legar di kedudukan 4.6 batu nautika timur laut Teluk Ramunia.


Tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 40 tahun juga ditahan dalam operasi tersebut.

“Pemeriksaan dilakukan menemukan kira-kira setengah tan besi buruk di dalam bot terbabit yang tidak jelas puncanya dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Katanya, APMM akan terus menggandakan usaha untuk mencegah kejadian rompakan di laut serta mengekang pencerobohan bot nelayan asing di perairan Johor Timur. – BERNAMA

Kategori