Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Afif Merendah Diri, Tak...

AHMAD Afif Amran menjelaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perebutan takhta keseluruhan...

Wanita Gemuk Kini Berjaya...

AKHIRNYA, selepas bertahun-tahun berada dalam kegemukan, seorang wanita yang pernah memiliki berat badan...

Perlombongan Bauksit Di Felda...

PORT DICKSON - Felda akan berbincang dengan kerajaan negeri Pahang mengenai kegiatan perlombongan...

“Saya Nak Tahu Juga...

PELAKON - Zara Zya terkejut apabila timbul gosip kononnya dia diintai seorang lelaki bergelar...

Asyraf Wajdi Sekali Lagi Cabar Syed Saddiq Dialog Isu Ketuanan Melayu

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin jelas menunjukkan sikap sebenarnya tidak memperjuangkan agenda memelihara kepentingan Melayu berdasarkan kenyataan ketua pemudanya berhubung ketuanan Melayu.

Ini ditegaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam tulisan diterbitkan di Facebook hari ini.

Menurut Asyraf, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang iuga Menteri Belia dan Sukan kini mahu memperjuangkan hak kesaksamaan kaum dan menganggap perjuangan Melayu sudah tidak relevan.

“Saya mendengar butir-butir kata pemimpin muda harapan PPBM YB Syed Saddiq di Youtube yang semacam mahu menanggalkan identiti politik berasaskan bangsa dan mahu memperjuangkan hak kesaksamaan kaum di Malaysia.

“Bagi beliau agenda Melayu seolah-olah tidak lagi relevan dalam lanskap politik Malaysia Baharu,” kata Ketua Pemuda UMNO itu.

Jelas Asyraf lagi, jumlah hanya 13 buah kerusi dimiliki PPBM dalam Parlimen mendorong parti itu akhirnya tunduk kepada agenda DAP, parti dominan dalam Pakatan Harapan.

Makin terserlahlah sedikit demi sedikit pendirian PPBM yang hakikatnya hanya 13 kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan, sudah mulai tunduk kepada kehendak Parti majoriti DAP yang konsisten membawa agenda Malaysian Malaysia yang mahukan kesaksamaan dan kesamarataan hak antara kaum,” katanya.


Jelasnya lagi, ini bermakna PPBM tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera, kerana pemimpin muda parti itu sendiri sudah tidak mendukung perjuangan ketuanan Melayu ini.

Asyraf dalam tulisan itu turut mengulangi gesaan kepada Syed Saddiq untuk mengadakan dialog secara terbuka untuk membincangkan isu agenda Melayu.

Katanya, dialog ini bermatlamat mencari kebenaran demi membela kepentingan bangsa.

“Sekali lagi saya mohon YB Syed Saddiq untuk meluangkan masa untuk kita berdialog secara terbuka bagi membincangkan mengenai masa depan agenda Melayu secara ilmiah dan objektif.

“Matlamat dialog bukan mencari siapa pemenang dan hebat berdebat kerana saudara sudah ternobat pendebat terbaik, tetapi lebih kepada mencari kebenaran dan titik-titik persamaan demi masa depan bangsa dan agama kita sebelum lebih parah diperkotak-katik dan dipolemikkan,” tegasnya. – Mynewshub.tv

Kategori