Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Shahrizat Beri Bayangan Sedia...

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memberi...

FOTO: Lelaki Ini Jatuh...

SEORANG jurugambar dari Jerman yang dikenali sebagai Sandra Hoyn mengejutkan ramai dengan beberapa...

Agong Berkenan Lawat Zoo...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Isteri Terkilan Dimadukan Dengan...

TULAR menerusi laman sosial mengenai kisah seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui...

Badan Khas Bantu Pemandu Kereta Sewa, Teksi

KOTA BHARU – Persatuan Gabungan Kereta Sewa dan Teksi Kelantan berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan satu badan khas untuk mengubah sektor berkenaan supaya lebih berdaya maju dalam Bajet 2019.

Presidennya Ramli Mat Yacob berkata ia memandangkan ketika ini, tiada satu badan khusus yang memantau sektor perhidmatan kereta sewa dan teksi sekali gus menyebabkannya ‘kecundang’ ketika bersaing dengan perkhidmatan e-hailing.

“Perkidmatan teksi dan kereta sewa tidak ada badan yang sanggup mengepalai perkhidmatan kami menyebabkan ia semakin kurang mendapat permintaan selain pengguna sekarang mahukan perkhidmatan yang lebih mudah seiring dengan perkembangan teknologi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga berdepan cabaran dengan pemandu kereta sewa yang beroperasi di kawasan sempadan menyebabkan pendapatan pemandu kereta sewa dan teksi di Kelantan semakin menurun.

“Hasil kajian yang kami lakukan, setiap hari dianggarkan kira-kira 40 pemandu kereta sewa dari negara jiran beroperasi di kawasan sempadan di Kelantan namun tiada sebarang pulangan diberikan kepada kerajaan.

“Justeru, kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa dan teksi di Kelantan malah terhadap kerajaan juga,” katanya.


Beliau berkata sebelum ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah berjanji untuk menubuhkan sebuah badan bagi menangani masalah berkenaan namun sehingga kini tiada tindakan lanjut daripada kerajaan selepas pembubaran agensi berkenaan.

“Justeru, kami memohon kerajaan agar dapat membantu sektor ini kerana rata-rata anggota persatuan kini berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan,” katanya.

Bajet 2019 akan dibentangkan di Parlimen pada 2 Nov ini yang merupakan bajet pertama Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Harapan. – BERNAMA

Kategori