Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS)...

Tubuhkan Majlis Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pembangkang patut menubuhkan majlis ekonomi negara dan saling...

Kesemua Pemancing Bot Karam...

LANGKAWI - Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)...

Zizi Kirana Nafi Jadi...

SELEPAS didakwa menjadi pencetus pergolakan dan perceraian rumah tangga pelakon Alif Hadi, bekas...

Bajet 2019 Diharap Tumpu Kebajikan Nelayan

KOTA BHARU – Bajet 2019 yang akan dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2 November ini diharap tidak meminggirkan aspek kebajikan nelayan dan bantuan sedia ada kepada golongan itu.

Ketua Sukarelawan Perikanan Kota Bharu, Azahar Mat Hanisah berkata justeru Kerajaan Persekutuan digesa untuk terus memberikan perhatian dan hak kesamarataan kepada golongan terbabit.

“Kami menggesa agar kebajikan nelayan terutama berkaitan baik pulih rumah nelayan-nelayan yang rosak agar dapat diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azahar berkata kerajaan juga tidak seharusnya mengurangkan peruntukan bagi pelbagai program memajukan industri perikanan negara.

“Golongan nelayan tidak seharusnya dipinggirkan kerana kebanyakan kami tergolong daripada kelompok miskin dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Jika musim tengkujuh bermula hampir sebahagian besar kami tidak dapat turun ke laut dan terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga,” katanya.


Azahar turut mendakwa terdapat sebahagian daripada 1,000 nelayan di Kota Bharu masih belum mendapat bantuan sama ada peralatan, kewangan dan sebagainya.

“Rata-rata nelayan berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan dan mereka tidak mampu menyediakan kehidupan yang selesa kepada keluarga kerana kekangan kewangan selain terpaksa menyediakan wang untuk modal dan menyediakan peralatan seperti pukat dan sebagainya,” katanya.

Bajet 2019 merupakan bajet pertama yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas. – BERNAMA

Kategori