Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Selamat Menyambut 11 Julai,...

HARI ini bersamaan 11 Julai, adalah hari yang dicanang-canangkan oleh puak PakaTun yang...

APMM Tahan Lima Bot...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima bot nelayan Vietnam...

Logo Ulang Tahun Ke-60...

KUALA LUMPUR - Sebuah logo telah direka khusus sempena meraikan Ulang Tahun ke-60...

Lumia 535, Lumia Microsoft...

Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah telefon pintar baru di bawah keluarga Lumia, iaitu...

Bangladesh Protes Pulau Miliknya Disenarai Wilayah Myanmar

KERAJAAN Myanmar mencetuskan kemarahan Bangladesh apabila meletakkan dua pulau milik negara jirannya itu sebagai wilayah Myanmar.

Dua laman web kerajaan Myanmar meletakkan dua buah pulau dipertikaikan itu sebagai wilayah Myanmar.

Pulau tersebut, St Martin asalnya ialah milik India, tetapi menjadi milik Pakistan apabila dua negara itu berpisah pada 1947.

Kemudian, apabila Bangladesh keluar dari Pakistan pada 1971, pulau itu menjadi milik Bangladesh pula.

Bagaimanapun, kedua-dua Myanmar dan Bangladesh terlibat dalam pertikaian berhubung hak milik pulau itu, dan pernah berlaku insiden penceroboh dibunuh oleh pasukan keselamatan kedua-dua negara pada tahun 1998 dan 2000.

Pertikaian bagaimanapun selesai pada apabila Tribunal Antarabangsa bagi Undang-Undang Laut pada 2012 mengesahkan pulau itu milik Myanmar.


Tindakan Myanmar meletakkan pulau itu sebagai wilayah mereka mengejutkan pihak Bangladesh.

Laman populasi dan perumahan Myanmar menyenaraikan pulau tersebut sebagai wilayahnya.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan Bangladesh memanggil Duta Myanmar ke Dhaka, U Lwin Oo, menuntut penjelasan perkara itu.

Pada masa yang sama, Setiusaha Hal Ehwal Maritim di Kementerian Luar Bangladesh, Laksamana Muda (B) M Khurshed Alam menyampaikan sepucuk surat menyatakan protea terhadap kesilapan kerajaan Myanmar itu. – Mashable

Kategori