Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Didik Pelaburan Utama Pemacu...

SINTOK - Bidang pendidikan merupakan pelaburan terbesar kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada...

Kilang Padi Pertama Milik...

TAIPING - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak akan membina sebuah kilang padi di...

Lelaki Lalok Dadah Pecah...

IPOH - Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ditangkap ketika sedang memecahkan...

15 Lokasi Kemalangan Maut...

BUKIT GANTANG - Lima belas lokasi panas dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan maut...

Banjir: Jumlah Mangsa Di Baling Menurun

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Baling pagi ini menurun kepada 213 orang daripada 59 keluarga berbanding 269 orang daripada 73 keluarga malam tadi.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata hanya dua PPS dibuka setakat 10 pagi ini iaitu Kompleks Rakan Muda Baling yang menempatkan 181 mangsa daripada 52 keluarga manakala 32 orang daripada tujuh keluarga masih berada di Dewan Kampung Banggol Derom.

“PPS di Dewan Terbuka Batu 48 telah ditutup 10.30 malam tadi, dan dijangka dua pusat pemindahan yang masih dibuka ini akan ditutup 12 tengah hari ini berikutan air telah surut sepenuhnya hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah ditenggelami air menyebabkan 492 orang daripada 128 keluarga terpaksa dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu sejak Isnin lepas. – BERNAMA

Kategori