Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hazama Lalui Kehidupan Tenang...

PENYANYI Hazama mengakui kehidupannya lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga dengan pemuzik iaitu...

Akta DBP Dikaji Semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)...

MABA Tamat Khidmat Kontraktor...

KUALA LUMPUR - Kontraktor produksi siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala...

Nenek 70 Tahun ‘Wow’Kan...

SEORANG warga emas berusia 70 tahun mengejutkan juri program realiti Italia's Got Talent...

Banjir Surut, 2 Pusat Pemindahan Di Baling Ditutup

ALOR SETAR – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Baling yang menempatkan 213 mangsa banjir kilat daripada 59 keluarga ditutup sepenuhnya tengah hari ini.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling Lt (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata PPS di Kompleks Rakan Muda Baling dan Dewan Kampung Banggol Derom ditutup 12 tengah hari setelah kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut sepenuhnya hari ini.

“Kompleks Rakan Muda Baling menempatkan 181 mangsa daripada 52 keluarga manakala di Dewan Kampung Banggol Derom pula terdapat 32 mangsa daripada tujuh keluarga pagi tadi. Dua pusat pemindahan ini telah tutup sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kampung di kawasan rendah ditenggelami air menyebabkan 492 orang daripada 128 keluarga terpaksa dipindahkan ke sembilan PPS di daerah itu sejak Isnin lepas. – BERNAMA

Kategori