Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Shukri Yahaya Mengaku Pernah...

PEJAM celik pejam celik bulan Ramadhan kini tiba lagi. Pada bulan ini jugalah...

Jangan Halang Penjenamaan Semula...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik menyifatkan usaha penjenamaan semula syarikat penerbangan nasional...

SJSI Tamatkan Operasi Selepas...

KUALA LUMPUR - Stesen janaelektrik kitar padu pertama di Asia Tenggara, Stesen Janaelektrik...

KDN Kaji Operasi 24...

LIMBANG - Kementerian Dalam Negeri mengkaji kemungkinan memanjangkan masa operasi pos kawalan Jabatan...

Bapa Empat Anak Didakwa Tendang, Pukul Anjing

KUANTAN – Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing, yang videonya tular di laman sosial minggu lalu.

Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuannya tidak diterima memandangkan tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental.

“Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan di hospital.

“Mahkamah perlu mendapatkan laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes,” katanya.

Nurunaim kemudiannya memerintah tertuduh dihantar Hospital Permai,Tampoi di Johor selama sebulan dan menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Meranti Nenasi, Pekan dekat sini didakwa menendang dan memukul anjing itu pada pukul 9 pagi, 10 Okt lalu di kawasan Syarikat Perkhidmatan Hung Thai Crane, Jalan Semambu-Jabor di sini.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Hakimie Ali mewakili tertuduh manakala pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah. – BERNAMA

Kategori