Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hajiji Umum Bakal Lancar...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bakal...

Tujuh Wanita Mangsa Eksploitasi...

KLANG - Tujuh wanita warga Vietnam yang dipaksa sebagai pekerja seks diselamatkan...

Kelayakan ACL: Pertemuan JDT-Bengaluru...

JOHOR BAHRU - Pertemuan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Bengaluru FC dari...

Pelajar Tahfiz Lemas Dijumpai,...

JOHOR BAHRU – Mayat seorang daripada dua pelajar tahfiz yang dikhuatiri lemas ketika...

Bayi 2 Bulan Derita Hypotonia Perlu Bantuan

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang menderita penyakit Hypotonia (masalah kekejangan otot) memerlukan bantuan segera sebanyak RM5,000 untuk ujian darah sekali gus mencari penawar untuk penyakitnya.

Nur Aurora Darmaya Amirul Amri mengalami pelbagai komplikasi termasuk kekurangan oksigen ketika lahir, kesukaran untuk menghisap susu serta sawan, yang memerlukan bantuan segera daripada orang ramai.

Nurul Ain Zakaria, ibu kepada Nur Aurora Darmaya berkata doktor telah mengesahkan anaknya menghidap Hypotonia dan perlu menghantar sampel darah ke luar negara untuk rawatan susulan memandangkan kes anaknya merupakan yang pertama di hospital kerajaan berkenaan.

“Saya memerlukan wang sebanyak RM5,000 bagi membayar kos penghantaran sampel darah ke Jerman untuk mengetahui jenis rawatan bagi anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang, di sini.

Nurul Ain, yang juga ibu tunggal kepada tiga orang anak, turut mengharapkan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan ke hospital, bil hospital dan juga keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang.


“Saya ulang-alik pergi ke hospital sebanyak sebulan empat kali dan Aurora hanya boleh minum susu jenis Isomil berharga RM72 setin yang boleh tahan dua minggu sahaja,” katanya.

Malah, Nurul Ain juga menanggung dua lagi anaknya Nur Adriana Aqilah Mohd Fairuz, 9, dan Muhammad Izz Darwisy Mohd Fairuz, 7, yang masih bersekolah serta menanggung kedua-dua ibu bapanya yang sudah tidak bekerja.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyampaikan bantuan menerusi akaun Public Bank (8818759121) dan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01161-41-00003754-6. – BERNAMA

Kategori